Sedang mencari kereta untuk dibeli? MudahCar Sale Mudah Auto adalah kempen yang terbaik untuk beli kereta idaman anda!
Dengan lebih daripada 20K kereta untuk dijual sepanjang tempoh kempen ini, inilah peluang anda untuk dapatkan kereta baru. Tak kira anda mencari-cari kereta sedan, kereta hatchback, kereta SUV, ataupun kereta sesuai untuk fresh grad, semua pun ada di MudahCar Sale!
Untuk masa terhad sahaja dari 19 Ogos 2024 hingga 20 Oktober 2024, nikmati diskaun sehingga 10%* untuk kereta terpilih dan kadar pembiayaan serendah 3.09% p.a.* (setara dengan kadar tetap) daripada RHB Bank.
Sempena bulan kemerdekaan Ogos dan September, serlahkan semangat patriotisme anda dan dapatkan kereta berjenama Proton atau Perodua juga! Layari MudahCar Sale sekarang untuk cari dan pandu pulang kereta baru anda.
*Tertakluk pada Terma & Syarat.
Terma & Syarat MudahCar Sale Mudah Auto
- MudahCar Sale dianjurkan oleh Mudah.my bermula dari 19 Ogos 2024 hingga 20 Oktober 2024. Mudah.my berhak untuk menamatkan kempen lebih awal atau melanjutkan kempen mengikut budi bicaranya sendiri. Kempen ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia atau penduduk sah di Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas sewaktu permulaan kempen ini.
- Kempen ini menawarkan diskaun sehingga 10% dan kadar pembiayaan serendah 3.09% p.a. (setara dengan kadar tetap) daripada RHB Bank. Tatacara kempen ini hanya terpakai untuk kereta terpilih dan dalam kuantiti terhad, tertakluk kepada terma dan syarat dalam dokumen ini.
- Mudah.my boleh pada bila-bila masa mengikut budi bicara mutlaknya menarik balik, meminda dan/atau mengubah mana-mana terma dan syarat tawaran atau promosi yang berkenaan tanpa notis terlebih dahulu. Pekerja dan ahli keluarga Mudah.my dan Carousell Group tidak layak untuk menyertai kempen ini.
- NOTIS PRIVASI DI BAWAH AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010
Data peribadi anda sedang diproses oleh atau bagi pihak Mudah.my. Dengan menyertai kempen ini, anda dengan ini bersetuju data peribadi anda diproses oleh Mudah.my mengikut cara yang dinyatakan. Data peribadi yang anda berikan kepada kami mungkin didedahkan kepada pembekal perkhidmatan kami untuk tujuan yang disebutkan di atas. Anda bertanggungjawab untuk memastikan bahawa data peribadi yang anda berikan kepada kami adalah tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan bahawa data peribadi tersebut sentiasa dikemas kini.
