Salam Ramadan dan selamat berpuasa! Kepada yang dah masuk ke pejabat tu, harap anda jaga jarak dan kekal bersih. Untuk yang masih berkerja di rumah, harap anda dalam keadaan sihat.
Walaupun Ramadan kali ni lain sikit dari biasa, anda masih boleh dapatkan makanan bazaar Ramadan. Kali ni kami nak kongsikan senarai juadah Ramadan yang boleh didapati di Mudah.my (asalkan tertakluk dalam kawasan penghantaran). Kalau tak tahu hari ni nak berbuka apa, boleh la tengok senarai kami ni.
Murtabak
Setiap bazaar Ramadan mesti ada sekurang-kurangnya satu gerai yang menjual murtabak. Datang dengan dua inti daging (ayam atau lembu) dan biasanya dipadankan dengan kuah bawang merah. Fuuhh tak cukup sekeping nanti!
Roti John
Asalnya inti roti John ni dibuat dengan daging (ayam atau lembu) dan dibancuh sekali dengan telur, lepas tu ditekapkan pada roti panjang (roti baguette). Sekarang ni, sesetengah peniaga roti John siap letak keju! Last sekali, coleslaw, mayonis dan sos cili (atau tomato) ditambah untuk melengkapkan juadah ni.
Sate
Ada macam-macam daging (atau bahagian) yang digunakan untuk buat sate; ayam, lembu, kambing, perut, paru, dan lain-lain. Dicucuk pada lidi, dan dibakar menggunakan api arang kayu. Kemudian dihidangkan dengan nasi impit, timun dan bawang. Dan last sekali, mesti kena ada kuah kacang!
Tauhu Begedil
Juadah ni jadi makin popular kebelakangan ni untuk berbuka. Ia menggunakan bahan yang sama digunakan untuk buat begedil, tapi disumbat dalam tauhu, dan digoreng. Kena makan dengan sambal kicap, baru ngam!
Roti Jala
Sesuai dengan namanya, roti jala ni memang nampak macam jala. Selepas ditebar atas kuali leper, ia akan digulung menjadi bentuk seperti silinder. Jangan lupa kari ayam, baru lah lengkap juadah ni!
Karipap
Sebut je nama ni, mesti semua kenal. Macam-macam inti ada; daging ada, ayam ada, dan yang paling popular, karipap kentang. Walaupun kuih ni dah sebati dengan rakyat Malaysia, bila sampai bulan Ramadan, ia masih menjadi kegemaran.
Ayam Gunting
Kalau dah bosan dengan ayam golek atau ayam percik, jom la try ayam gunting pulak! Biasanya peniaga akan menggunakan filet ayam yang kurang tulang. Kalau anda gemar makan pedas, boleh la mintak lada dan serbuk cili ditabur atas ayam anda yang dah digunting!
Serunding
Ni salah satu lagi juadah yang tak perlu diperkenalkan. Walaupun kebiasaannya dihidang dengan ketupat dan lemang waktu Raya, ia tetap kekal popular di bulan Ramadan sebagai lauk untuk berbuka mahupun sahur.
Durian Crepe
Memandangkan rakyat Malaysia ni dah memang menggemari durian, jadi tak hairan la kalau ia diolah untuk dijadikan pencuci mulut yang menarik ini. Lagi sedap makan kalau baru bawa keluar dari peti ais.
Kuih Tepung Pelita
Secara tradisional, kuih ni dibuat menggunakan acuan berbentuk empat segi yang dilipat dari daun pandan atau daun pisang untuk menambah aroma. Sangat sesuai dijadikan pencuci mulut lepas anda dah makan juadah utama.
Dah tau nak makan apa untuk berbuka? Kami harap senarai ni sedikit sebanyak dapat bantu anda decide nak berbuka apa. Dan kami ingin ambil kesempatan ni untuk ucapkan selamat berbuka dan jom join #mudahsokonglokal
#salamramadan
#mudahdirumah
#mudahsokonglokal
#dudukdirumah
#kitajagakita