Ramadan Bersama Mudah.my – Panduan Mendaftar PRO Niaga dan Post Iklan Anda


Mudah.my berbangga menjadi jenama Malaysia dan inisiatif baharu ini merupakan salah satu daripada projek yang terkandung dalam #mudahsokonglokal – di mana Mudah.my menyasarkan untuk bertindak sebagai platform yang menyokong perniagaan dan perusahaan Malaysia. Ini amat penting ketika keadaan seperti ini, di mana tidak semua rakyat bersedia sepenuhnya untuk menghadapi perubahan yang pantas dan yang tidak dapat dielakkan ini.

Mudah.my telah memperuntukkan kredit bernilai RM1juta untuk diberikan kepada peniaga yang menyertai kempen “Ramadan Bersama Mudah.my”. Setiap peniaga yang menyertai akan menerima kredit bernilai RM100 yang boleh digunakan untuk menyerlahkan perniagaan mereka melalui Premium Services, dan seterusnya membawa kepada peningkatan jualan. Kredit akan dimasukkan ke dalam akaun PRO Niaga anda dalam masa 48 jam berkerja selepas iklan pertama anda di bawah kategori ‘Ramadan Bersama Mudah.my’ diluluskan. Kredit hanya sah untuk digunakan dalam tempoh 30 hari dari tarikh ia dimasukkan ke akaun PRO Niaga anda.

Kategori-kategori yang termasuk dalam kempen ini ialah Food, Fashion, Health & Beauty, Bed & Bath, Home Appliances & Kitchen dan Furniture & Decoration.

PRO Niaga

PRO Niaga merupakan kedai online dimana anda boleh lihat dan menguruskan iklan-iklan anda. Ia sama seperti mempunyai kedai fizikal, kecuali, ia PERCUMA. Anda tidak perlu membayar untuk membuka akaun PRO Niaga. Dengan membuka akaun PRO Niaga, anda boleh:

  • Post (iklan yang telah disenaraikan, iklan yang belum disenaraikan serta iklan yang telah delete)
  • Edit (ubah informasi tertentu mengenai iklan anda)
  • Bump (meletakkan semula iklan anda di atas senarai)
  • Republish (Post semula iklan anda)
  • Analisis iklan anda
  • Delete iklan anda

Dengan kata lain, memiliki akaun PRO Niaga adalah sama seperti memiliki sistem inventori online. Pada masa yang sama, ia membantu anda membina profil dan kredibiliti anda sebagai penjual/peniaga.

Untuk menyertai kempen ini, anda perlu mendaftar akaun PRO Niaga.

Ikuti langkah-langkah mudah dibawah untuk mendaftar PRO Niaga dan post iklan anda.

Langkah 1: Daftar akaun PRO Niaga

Klik link di bawah untuk daftar: https://www2.mudah.my/proniaga

    • Pilih kawasan di mana anda beroperasi (Region)
    • Pilih kategori (Category), dan sub-kategori (Sub-Category) makanan atau produk anda
    • Pilih jenis (Type) perniagaan anda. Sekiranya anda tidak memiliki nombor pendaftaran perniagaan (SSM), sila pilih Professional Seller.
    • Klik ‘Next’.

Langkah 2: Cara-cara untuk Post Iklan Anda

    • Ini adalah paparan akaun PRO Niaga anda. Klik ‘Insert Ad’

Langkah 3: Tanda Kotak Pilihan

    • Sertakan gambar produk anda. Isi maklumat berkenaan produk anda.
    • Pastikan anda tandakan kotak pilihan ini.

Nota: Kotak pilihan ini akan hanya muncul sekiranya anda memilih kategori yang betul.
Kategori-kategori yang terpilih ialah Food, Fashion, Health & Beauty, Bed & Bath, Home Appliances & Kitchen dan Furniture & Decoration.

“Premium Services”

Kredit percuma bernilai RM100 anda boleh dimanfaatkan dengan penggunaan perkhidmatan “Premium Services” yang kami sediakan:

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, sila hubungi 017-3300399 (Tasha).