Panduan Pembelian Mercedes-Benz C 220 CDI AMG Sports Package Terpakai

Pada tahun 2014, Mercedes-Benz Malaysia membuat keputusan untuk menyambung kejayaan penjualan W204 C-Class tapi kali ini dengan versi diesel. Ia datang dengan aksesori dan lencana AMG Sport tapi, Mercedes-Benz Malaysia tidak melakukan sebarang promosi atau iklan. Ya, tiada pelancaran.

Dengan label C 220 CDI, ini bermakna ia memiliki enjin diesel 2.1 liter empat-silinder yang mampu mengeluarkan 168bhp (versi terdahulu Cuma 148bhp) dan 400Nm tork.

Sejak pelancaran generasi ke-3 C-Class ini, pereka Mercedes mahu penambahbaikangaya untuk sedan premium ini, jadi W204 ini datang dengan rupa yang bersih, segar, dan menarik. Berbanding dengan model terdahulu, ia lebih panjang dan lebar, landasan tapak yang lebih luas, dan badan yang lebih teguh. Ia 45mm panjang dari tapak tayar dan 42mm lebar secara kesuluruhan. Ia juga lebih ringan. Bonet yang diperbuat dari aluminium mengurangkan berat sebanyak 10kg.

*setiap kereta yang tersenarai dan harga adalah tepat mengikut tarikh artikel ini dikeluarkan

Dengan peningkatan dimensi secara purata, bermakna ia mempunyai ruang yang lebih luas di dalam, walaupun sebahagian besar darinya adalah untuk tempat duduk hadapan. Penumpang tempat duduk belakang akan rasa sempit. Ia selesa untuk dua orang dewasa tapi sempit untuk tiga orang dewasa.

Kapasiti bonet ialah 475 liter dan bukaan bonet luas memudahkan pengguna untuk memasukkan barang.

Sebelum ketibaan sedan ini, Mercedes-Benz Malaysia sudah beberapa tahun tidak mengeluarkan sebarang kereta penumpang dengan enjin diesel. E 270 CDI dengan rangka W211, tidak mendapat sambutan hangat, diimport sepenuhnya, dan padat dengan ciri-ciri mewah yang boleh didapati dalam kebanyakan S-Class yang lebih besar dan mahal.

Keluaran kecil C 220 CDI ini dibina supaya ia boleh berfungsi menggunakan minyak diesel kualiti rendah yang dijual di Malaysia pada waktu itu dan ia dipasang di dalam negara, di kilang pemasangan MBM Pekan, Pahang untuk menikmati faedah cukai.

Benz dengan enjin diesel 2148cc ini hanya ada satu persaingan di Malaysia iaitu, BMW 320d yang memiliki enjin 1995cc dengan kotak gear lapan-kelajuan. Benz ini memiliki kotak gear 7G-Tronic  tujuh-kelajuan.

W204 ini datang dengan luaran AMG Sports yang merangkumi tali pinggang keselamatan merah, rim aloi 18-inci, dan peredam boleh laras sehingga 15mm.

Hari ini, korang mungkin akan jumpa satu unit untuk dijual di Mudah.my dengan harga sekitar RM 80,000. Bunyi macam mahal untuk kereta Benz berusia tujuh tahun, tapi jangan lupa, ini bukan C-Class yang biasa. Masa baru keluar, Mercedes-Benz menjualnya pada harga RM 290, 888 tanpa insurans dan ada juga unit yang memasuki pasaran pra-pendaftaran pada harga lebih kurang RM 250, 000. Ia laju, seronok dipandu dan pengawalan yang bagus seperti kebanyakan Bimmer.

Sekiranya korang buat keputusan untuk memilikinya, pastikan anda periksa semua aksesori dan sistem COMAND berfungsi dengan baik, dan perhatikan sebarang kerosakan kemasan yang mungkin mahal untuk dibaiki.

Kerana C-Class merupakan model kereta keluarga yang popular, pastikan anda periksa segala kerosakan atau koyak di bahagian dalam. Jangan lupa untuk periksa kerosakan pada rim atau kesan kemalangan yang dibaiki secara remeh.

Sesetengah pemilik Mercedes diesel menghadapi masalah dengan injektor dalam kereta CDI dan untuk menggantikannya memerlukan kos yang tinggi. Kalau pemilik asal banyak menggunakan lebuhraya, tak perlu risau dengan masalah ini.

Spesifikasi Mercedes-Benz C-Class 220 CDI:

Enjin: 4-silinder 16V DOHC Commonrail Turbodiesel
Anjakan enjin: 2148cc
Transmisi: 7G-Tronic
Kuasa maksimum: 168bhp @ 3,800rpm
Tork maksimum: 400Nm @ 2,000 rpm
Kelajuaan maksimum: 229km/j
0-100km/j: 8.5 saat
Harga BAHARU: RM 290,888.00
Harga TERPAKAI: RM88,000.00

Is this article helpful?

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *