Tips Diet Dan Makanan Sempena Ramadan

Berpuasa ni bukan lah semudah yang disangkakan. Bayangkan menahan lapar dan dahaga dari awal pagi sampai ke lewat petang. 

Di Malaysia, secara purata, kita perlu berpuasa selama lebih kurang 13 jam dan 30 minit setiap hari. Macam mana nak kekal bertenaga untuk selesaikan tugas harian? Jom tengok tips-tips diet masa Ramadan di bawah!

5 Tips Untuk Makan Masa Ramadan

1. Jangan ponteng sahur

Waktu sahur yang digalakkan ialah sebelum matahari terbit. Jadi, lewatkan la waktu bersahur. Kalau sahur awal, maknanya anda perlu berpuasa lagi lama. Nanti bila berbuka pun, kita lebih cenderung untuk makan berlebihan.

2. Elakkan makan berlebihan waktu berbuka

Makan berlebihan boleh menyebabkan ketidakhadaman, lesu, serta kenaikan berat badan. Yang lebih penting, jangan sampai tak larat nak buat tarawih.

Sumber: Pexels

3. Elakkan makanan bergoreng, masin, dan mempunyai kandungan gula yang tinggi

Makanan bergoreng dan manis menyebabkan kelesuan dan keletihan. Makanan masin pula boleh menyebabkan kehausan.

Sumber: Unsplash

4. Minum banyak air

Kerapkan minum air dari tempoh berbuka hingga sahur supaya bila berpuasa, tak rasa haus sangat. Antara minuman lain yang juga digalakkan ialah jus buah-buahan, susu, dan susu kurma.

Sumber: Pexels

5. Jangan ikut nafsu waktu beli makanan berbuka

Tanpa kita sedar, bila lapar, kita lebih cenderung untuk beli makanan berbuka mengikut nafsu. Kesudahannya, makanan berlebihan terpaksa dibuang dan berlakulah pembaziran duit serta makanan. Ingat, berbelanja secara sederhana.

Jenis Juadah Sesuai Dan Kurang Sesuai Dimakan Semasa Bulan Ramadan

Berikut ialah tips-tips untuk juadah yang sesuai dan kurang sesuai untuk diamalkan sepanjang bulan Ramadan.

Juadah Yang Sesuai

1. Kurma

Kurma mengandungi gula semulajadi untuk tenaga, mineral seperti kalium, tembaga, dan mangan, serta merupakan sumber serat. Kerana itu, kurma merupakan juadah yang sangat sesuai dimakan terutamanya waktu berbuka dan sahur.

Sumber: Pexels

2. Buah-buahan

Kaya dengan serat dan mengenyangkan, buah-buahan bagus untuk mengelakkan sembelit dan membekalkan vitamin penting untuk kesihatan badan.

3. Nasi (dan yang serupa dengannya)

Nasi mengandungi kandungan serat yang tinggi dan ia mengambil masa lebih lama untuk dihadam, menjadikan ia sumber tenaga yang kekal lebih lama di dalam badan kita. Selain itu, boleh juga makan sumber karbohidrat lain seperti mi, roti, dan kentang.

Sumber: Unsplash

4. Daging (ayam, lembu, ikan)

Daging merupakan sumber protein yang bagus untuk mengurangkan pengambilan lemak. Walaupun begitu, elakkan daging yang digoreng kerana ia mempunyai kadar kolestrol yang tinggi.

5. Makanan seperti sup, oat, quinoa, yogurt, dan roti

Juadah-juadah ini mengandungi kandungan zat, mineral, dan vitamin yang bagus untuk tubuh badan kita. Tambah lagi, makanan-makanan ini boleh digunakan untuk pelbagai resepi yang sedap dan berkhasiat.

Sumber: Pexels

Juadah Yang Tidak Sesuai

1. Minuman berkafein

Minuman berkafein seperti kopi, teh, dan minuman manis boleh meningkatkan kadar nyahhidrat dan menyebabkan kita lebih cepat haus. Minumlah sekurang-kurangnya 2L air sehari untuk menghidratkan badan, terutamanya masa musim panas.

Sumber: Unsplash

2. Makanan berminyak, terlampau manis, atau masin

Makanan-makanan ini bukan tidak boleh dimakan, tapi bolehlah dimakan secara sederhana dan disampingi juadah lain yang berkhasiat. Amalkan diet suku-suku-separuh dan pastikan pinggan anda mengandungi sumber protein, karbohidrat, sayuran, dan buah-buahan yang seimbang.

Apa yang paling penting perlu kita amalkan di dalam bulan Ramadan ialah kesederhanaan. Jangan beli makanan berlebihan, makan berlebihan dan pastikan apa yang kita makan/minum seimbang untuk kekal sihat. Selamat berbuka dan bersahur dari kami!