Kenapa Barangan Terpakai Boleh & Patut Anda Jadikan Pilihan Utama

Dugaan Di Mana-mana

Kita membeli pelbagai barang, anda pasti setuju – terutamanya di ketika ini sewaktu anda terperangkap di rumah. Anda mungkin rasa gatal tangan untuk membeli barangan baru untuk laman atau balkoni anda, dan sememangnya anda layak untuk mendapatkan sesuatu yang baru kan?Walaupun kadang-kadang kita sering tertanya-tanya sama ada kita betul-betul perlukan barangan tersebut, jualan dan diskaun yang sering dianjurkan oleh platform-platform e-commerce mampu menghilangkan segala keraguan tersebut.

Dengan kemudahan penghantaran hampir kesemua barang ke hadapan pintu anda, sudah tentu ia menarik minat untuk menambah barangan ke dalam troli beli-belah online anda.

Ini secara tidak langsung akan menyebabkan rumah anda bertimbun dengan barangan yang tidak digunakan – atau menjadi “rak tidak sengaja” untuk anda letak barangan. Tapi, bagaimana kalau kami beritahu anda bahawa barangan terpakai anda boleh jadi barangan yang diidamkan oleh orang lain?

Situasi Menang-Menang untuk Orang Lain & Alam Sekitar

Tidak semua orang memiliki kemewahan atau kemampuan kewangan untuk terus membeli barangan baharu setiap kali mereka rasa mereka mahu. RM100 bagi anda mungkin cuma wang tukaran kecil harian, tapi untuk orang lain, ia mungkin membawa makna lebih besar. Begitu juga dengan barangan ini yang mampu mendatangkan perubahan positif – untuk kedua-duanya, kehidupan seseorang serta alam sekitar. Ini kan situasi menang-menang?

Untuk kebanyakan barang, pengilang menggunakan minyak, kayu, dan lain-lain sumber semulajadi dalam proses pengeluaran yang sama ada tidak boleh atau mengambil masa yang sangat lama untuk diperbaharui. Dua industri yang dipercayai mengeluarkan produk dengan jangka hayat yang lebih pendek untuk mengekalkan kepenggunaan dan persepsi beli-buang adalah barangan Elektronik dan Fesyen, menurut Laporan Carousell Recommerce Index 2021.

Turut dipaparkan dalam laporan tersebut adalah imej ini yang memberikan petunjuk bagaimana alam sekitar kita terkesan pada 2019 (berdasarkan laporan dilakukan oleh United Nations University, Asia):

Dan angka untuk barangan elektronik dijangka akan berlipat sekali ganda dalam tempoh 30 hingga 50 tahun akan datang! Maklumat lebih lanjut tentang ini boleh didapati di SINI.

Bagaimanapun, ada berita baik, dan kepada yang sedang membaca sekarang, anda boleh melakukan perubahan! Hampir kesemua barangan terpakai boleh dibeli; dari perabot, telefon bimbit (terutamanya bila model baharu bersilih ganti), buku, peralatan dapur, mainan dan barang koleksi, barangan untuk kanak-kanak seperti kereta sorong dan tempat duduk bayi, barangan dekorasi, kereta, pakaian, dan banyak lagi.

Raya Kali Ini, Ambil Langkah Pertama bersama Kami

Sewaktu Ramadan, umat Islam berpuasa bukan sahaja untuk melalui pengalaman menahan lapar dan dahaga, tetapi juga untuk memperbaiki diri supaya lebih mendalami prinsip kepercayaan. Oleh itu, Ramadan menggalakkan umat Islam untuk menerima sepenuhnya prinsip sejagat tentang belas kasihan, rendah diri, dan hormat menghormati, juga menyediakan peluang ideal untuk menilai semula kehidupan mereka, mencerminkan hubungan mereka dengan sekeliling.

Ramadan ini, sertai kami, platform jual-beli barangan preloved terbesar Malaysia dan ambil langkah pertama ke arah ‘gaya hidup hijau’ yang menggalakkan kesederhanaan dan tidak membazir. Sebarkan dan galakkan orang lain untuk sertai niat murni ini dan sama-sama, kita berusaha untuk lebih mesra alam sekitar dan memperbaiki kualiti kehidupan.

Terfikir untuk menghantar kad ucapan raya kepada keluarga dan rakan-rakan? Hanya dengan tindakan mudah memilih e-kad boleh mengurangkan jejak karbon. Ambil langkah pertama dengan kami di SINI.

Sekiranya anda sedang mencari perabot baharu sempena perayaan, atau anda rasa sudah tiba masa untuk tukar penampilan ruang tamu supaya lebih segar, jangan terkejut dengan apa yang anda boleh jumpa di Mudah.my dalam kategori “Furniture & Decoration”. Dari langsir, sarung sofa, lapik meja, sofa, meja makan, dan banyak lagi. Anda juga mungkin terjumpa dengan tukang kayu berbakat berserta dengan hasil tangan terbaik mereka!

Seumpama dengannya, kategori “Home Appliances & Kitchen” adalah salah satu kategori yang agak terkenal bagi pengguna yang ingin naik taraf ketuhar, peti ais, pengadun, dan banyak lagi. Sebagai inspirasi, kami juga ada resepi juadah-juadah Raya yang terkenal dan menarik untuk anda mulakan. Kalau anda lebih suka untuk beli, dapatkan kek-kek, biskut-biskut, dan makanan yang boleh didapati di Mudah.my.

Sementara anda memberikan laluan untuk yang baru, anda boleh serahkan barangan terpakai anda kepada seseorang yang mungkin memerlukan ia dan pada masa yang sama buat wang tambahan!

#sederhanacukupsempurna

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *